Kebelakangan ini banyak kedengaran berita ikhwah/keluarga menghidap penyakit Dengue (Demam Denggi Berdarah – DDB). Alhamdulillah, segala penyakit adalah kurniaan Allah untuk menyucikan dosa dan mengangkat darjat, Namun kita tidak harus meminta penyakit dan harus berusaha mengelakkannya dengan menjada kesihatan dan mengambil langkah2 pencegahan. Saya cuba terangkan dalam bahasa mudah faham Insha Allah.
Demam Denggi adalah disebabkan sejenis virus yang dinamakan virus Dengue. (Oleh kerana ia virus bukan bakteria, antibiotik tidak dapat membunuhnya). Kehidupan awal virus ini bermula dalam tubuh nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes mendapat benih virus ini bila ia menyedut darah dari seseorang yang sedang menghidapi penyakit ini.
Memang cara membenteras Demam denggi adalah dengan memusnahkan tempat biak Aedes, kerana ini akan mencegah merebaknya virus Denggi. Aedes ini nyamuk “manja”. Ia hanya dapat membiak di air jernih yang tenang (tidak berlumpur atau mengalir). Kalau kita selalu berada pada waktu senja atau subuh di tempat2 air jernih bertakung seperti kawasan2 pembinaan atau longkang yang tersumbat, risikonya lebih tinggi untuk di gigit nyamuk Aedes. Oleh kerana DDB ini penyakit wajib notifikasi (notifiable disease), kawasan berdekatan rumah kita akan di sembur asap pencegah nyamuk sekiranya ada jiran yang telah menghidap penyakit ini. So, kita harus berwaspada.
Symptom and Signs : Kalau ada ahli keluarga yang demam, perkara utama yang harus dilakukan untuk mengelak ia lebih teruk adalah minum air banyak2. Air kosong ke atau kalau boleh minum air electrolyte seperti 100 plus atau yang seumpamanya. Air kelapa pun banyak electrolyte. Yang penting keep “well hydrated” meskipun tak ada selera atau muntah2. Kalau kita berjaya menhidratkan diri dengan baik, walaupun demam dan tak ada selera makan (paksa betul2), Insha Allah, demam denggi tidak meneruk sehingga menjadi demam denggi berdarah. Demam denggi biasa sahaja tidak serious dan akan sembuh segera, Insha Allah. Simptom demam denggi ini termasuk, demam dengan suhu tinggi, sakit2 badan dan sendi, sakit kepala, sakit perut (mungkin muntah dan cirit birit), sakit tekak, selsema atau batuk. Yang paling signifikan ialah dehydration (inilah yang perlu di elakkan). Paksakan diri atau ahli keuarga yang sakit minum banyak2.
Yang bahaya adalah apabila Demam denggi menjadi Demam Denggi berdarah, dimana kapilari (salurdarah kecil) menjadi lebih telus dan darah keluar dari saluran darah. (capillary leakage). Masa ini akan timbul titik2 merah di kulit (rashes). kalau ada tanda2 ini, kita mesti pergi klinik utk memeriksa paras platelet dan Hematokrit (kepekatan darah). Ini akan membantu menentukan ia adalah denggi atau jangkitan lain..
Kematian disebabkan denggi adalah apabila demam denggi berdarah menjadi “dengue (haemorrhagic) shock Syndrome”. Apabila darah telah “cair” dan pendarahan tidak dapat di berhentikan….
Rawatan denggi di Hospital ialah memasukkan air melalui salurdarah (intravenous rehydration) . Kita semua boleh mengelakkan diri untuk sampai ke tahap ini dengan meminum air sebanyak2nya sebelum teruk. Ada pendapat yang mengatakan Vitamin C boleh membantu. Tak ada salahnya kita banyak meminum air oren atau limau beserta madu semasa rehydration.
Kita berdoa agar dengan usaha mencegah, kuranglah kadar kemasukan ke hospital dikalangan ikhwah akhawat atau ahli2 keluarga agar mereka yang berjuang terus sihat dan aktif.
Kepada ALlah kita berserah.
Wallahu a’lam
ALM
M.D., M.R.C.P., PhD.
Prof Abdul Latiff Mohamed
Sumber : www.infodakwah.com
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !